Pada 28 Jun 2012, satu lkunjungan hormat oleh "HIS EXCELLENCY ALPHA CONDE, President Of The Republic Of Guniea", di GIATMARA Putrajaya.
Tn. Hj. Roseli bin Hj. Dol, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif mewakili Pengurusan GIATMARA mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung untuk menjayakan lawatan Presiden, Republik Guinea tempoh hari.
Sekali lagi kita dapat menunjukan usaha yang telah kita perjuangkan selama ini mendapat perhatian masyarakat, bukan sahaja di dalam negeri malah kepada masyarakat luar untuk sama-sama menuju ke arah penghasilan modal insan yang terbaik.
Pengurusan juga mengucapkan penghargaan diatas komitmen PGM Putrajaya terutamanya, Puan Che Ros dan anggota kerja beliau dan tidak dilupakan juga, PGM Pandan yang menyediakan pelatih-pelatih serta anggota kerja serta PGM Kelana Jaya dalam memastikan perjalanan lawatan tempoh hari berjalan lancar.
Penghargaan juga kepada Pengurusan GIATMARA Negeri Wilayah Persekutuan serta GIATMARA Negeri Selangor yang bersama-sama memastikan keperluan lawatan dapat disedikan walaupun masa yang diberikan sangat singkat.
Sejajar dengan Pelan Transformasi GIATMARA (GMTP), diharap dengan pencapaian ini, kita dapat satu lagi suntikan untuk mencapai kejayaan berkat dengan sumbangan tuan/puan yang tidak mengenal erti penat dan lelah.
Sehubungan dengan itu, disertakan gambar-gambar semasa lawatan untuk tatapan semua pihak.